Pisces Aquarius
Pisces Aquarius *16 – 22 Feb*
( Crossover yang sensitif )
Kebaikan
Mempunyai visi dalam kehidupan,sentiasa berwaspada,dan penuh dengan kasih sayang.
Keburukan
Terdedah kepada bahaya,pesimis,dan gemar menyendiri.
Sikap utama Aquarius Pisces ialah mengabungkan ketokohan Aquarius yang tidak kenal erti berputus asa,kreatif,mempunyai banyak kebolehan dengan Pisces yang lembut hati,peka dan suka bermain dengan imaginasi.Golongan yang lahir pada minggu ini mempunyai hati yang tabah sehingga mewujudkan kedinginan yang jitu di permukaannya.Ini sekali gus membuatkan orang sekeliling mengabaikan kelebihan yang dimiliki.Ketika di usia kanak-kanak, Aquarius Pisces sangat lemah walau dari segi apa sekalipun.
Modus operandi mereka dalam melawan seantaro penganiyaan dan kegusaran ialah dengan membina tembok-tembok di sekelilingnya.Tindakan ini sering membuatkan mereka disalahertikan dan renggang dengan orang lain.Pun begitu,mereka juga terkenal dengan sikap periang dan mementingkan teman rapat daripada segala-galanya.Pertalian Aquarius Pisces dengan keluarga juga terikat erat.Meskipun pernah menjadi mangsa kemarahan ibu bapa ketika kecil namun itu tidak menghalang mereka menabur benih cinta di ladang hubungan cinta ini.Riwayat semasa remaja pula adalah kompleks,jika mereka terlalu bergantung di bawah penjagaan kelaurga,akan timbul sebuah masalah yang bakal mengelabui hayat mereka seumur hidup.Dalam percintaan,keburukan Aquarius Pisces ialah takut akan perasaan cinta tidak terbalas.Mereka tidak mahu keseorangan namun tidak mahu juga membuka langkah.Barangkali,ini kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak mencuri hati seseorang dan tidak ingin mengubah diri sendiri untuk disesuaikan dengan jiwa yang didamba.