Bagan Lalang

September 7, 2005 at 8:29 pm (Jalan-jalan)

Hari nie belajar cam biasa.Tapi paling besh hari nie,Maths.Hari-hari pun Maths yang besh.Cikgu cakap orang yang dapat 74% tue cikgu tak leh naikkan jadi 75% untuk dapat A.Dan yang nak amik markah gerak gempur menjadi markah percubaan pun tak dibenarkan.Kesian diorang.Alhamdullilah Maths,aku dapat 79%.Cukup-cukup makan jerk.Tadi aku search 'bagan lalang' kat google search engine.Ya Allah,terujanya aku nak pergi.Harap apa yang aku lihat di internet nie,dapat aku lihat dan alami masa aku pergi nanti.Sampai naik bulu roma beb.HiHiHi.Mak pergi hari Jumaat,tapi aku insya-Allah pergi hari Khamis.Mak tak dapat pergi hari Jumaat sebab Dedek nak pergi camp petang Jumaat,mak kena larr hantar Dedek pergi camp dulu baru boleh pergi Bagan Lalang.So,Dedek melepas larr peluang Dedek nak pergi Bagan Lalang.

Aku sebernarnya dah lama dengar pasal Bagan Lalang.Aku pernah suarakan kat mak aku,nak pergi Bagan Lalang nie.Nak mandi laut,nak makan seafood.Tapi refused.Akhirnya dapat juga aku menikmati pantai Bagan Lalang.Hope semuanya berjalan lancar.

Permalink Leave a Comment

story mory

September 6, 2005 at 4:52 pm (Am)

Ayah dah beli motherboard baru masa hari Ahad hari tue.Tapi pc aku tue tetap rosak,tak tau apa larr pasal dier off sendiri.Hari Sabtu nie kene sekolah cam biasa sebab nak ganti cuti lepas raya nanti.Tapi Sabtu nie aku tak datang.Jumaat pun sama.Bukan aku nak rilexs-rilexs ajer kat rumah.AKu nak ikut ayah aku pergi Bagan Lalang.Nak mandi pantai,nak makan seafood.Besh aku tengok geng jurnal pergi sana dulu.Ayah aku pergi pun bukan pergi suka-suka.Ayah aku ada kursus kat sana.Insya-Allah tido kat Seri Malaysia Hotel.

Nie nak habaq nie,aku dapat 5A ajer dan 3B.Math aku A tapi Sains B.Tak tau larr dapat tak mohon SBP.Cikgu kata nak 40 ke 50 orang.Amanah 34,Fatanah 28.34+28=62.Sengit jugak tue.
tunggu dan lihat ajer larr.

Permalink Leave a Comment

3 days

September 4, 2005 at 7:24 pm (Am)

JumaatJumaat aku pergi sekolah cam biasa.Semua papers dah dapat kecuali Math.Setakat nie aku dapat 4 A 3 B.Kan aku dah cakap.Aku memang kurang prepare untuk exam nie.Aku rasa malas sangat nak baca buku.Kenapa ha?Cara yang aku cuba buat ialah jangan mandi air panas.Sebab Atiqah cakap kalo mandi air panas nanti badan lesu.Aku cuba larr tak mandi air panas.Masa dapat kertas sains ada tulis kat kertas tue,see me.Maksudnya jumpa teacher larr.Aku tak pi jumpa.Tak pernah aku dapat cam tue.Tak berani ni arr.Nanti larr aku fikir nak pi jumpa ker tak.

Sabtu

Sabtu aku pergi Bintang Walk-Low Yatt Plaza,Imbi dan Sungei Wang.Penat sih jalan.Dari pukul 12 hingga pukul 4.Aku cari handphone.Kakcik cari mp3 player.Dedek carik track-suit(?),ayah cari cd ngan tengok harga motherboard.Semua barang berjaya diperolehi.Ayah dapat cd yang dicari tadi bila nak install tak de serial number pulak.Aku beli juga dvd cetak rompak lemony snicket’s:A series of unfortunate events.Walaupun dah tengok wayang,beli lagi dvd.Puas dapat tengok lagi sekali.

Ahad

Aku duduk rumah sahaja.Ayah pegi BB lagi.Ayah beli motherboard tuk pc aku yang mati segan hidup tak mahu tue.Sekarang ayah masih lagi membaiki.Harap-harap elok larr pc tue.

Permalink Leave a Comment